Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah meminta rakyat Malaysia berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak.
Pelbagai program debat mahupun forum umum digunakan Abdullah dan Najib untuk menjelaskan keadaan kononnya kenaikan harga minyak ini tidak dapat dielak.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican sendiri terpaksa turun padang untuk menjelaskan keadaan kononnya Petronas dan kerajaan tidak lagi boleh menanggung subsidi yang tinggi berdasarkan kenaikan harga minyak global.
Media arus perdana digunakan bagi menjalankan dakyah pemerintah ini bagi memastikan rakyat boleh menerima tindakan terburu-buru kerajaan ini.
Dalam media memainkan dakyah mereka, kenyataan Perdana Menteri dan TPM seperti meminta rakyat mengurangkan kos-kos harian bagi mengelak tekanan kenaikan harga minyak terus menjadi bahan utama meredakan kemarahan rakyat.
Perdana Menteri dan timbalannya juga pernah menyarankan beberapa langkah kepada rakyat supaya berjimat cermat, memberikan rebet tunai cukai jalan dan mengumumkan gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam.
Rakyat Kuala LUmpur terutamanya yang tertekan dengan kenaikan harga minyak kini mungkin terpaksa memikirkan untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih murah yang lebih jauh daripada Kuala Lumpur hanya kerana mahu mengurangkan kos sewa.
Kos sewa bagi rumah pangsa di Kuala Lumpur sekitar RM500 sementara rumah teres satu tingkat mencecah RM1000.
Namun, Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin terlupa satu fakta yang cukup jelas dalam satu jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka.
Beliau juga menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.
Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.
"Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).
Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.
Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.
Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.
Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.
Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.
Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat.
Seperti kata seorang pendakwah, Dr Azhar Yaakob yang berceramah di Harakah semalam, bahawa kaedah ekonomi yang digunakan kerajaan hari ini adalah ekonomi kapitalis.
Ekonomi kapitalis mengamalkan dasar mengkayakan kerajaan sementara rakyat terus papa dihimpit dengan dasar kerajaan yang rakus, kata Dr Azhar.
Paling menarik, Dr Azhar menerangkan bahawa jika kerajaan menggunakan kaedah ekonomi Islam dengan sifat kerajaan mengkayakan rakyat bagi menggiatkan putaran ekonomi, pastinya pulangan kepada kerajaan jauh lebih besar.
Penulis tertarik dengan kenyataan beliau bahawa jika kerajaan memberi subsidi kepada rakyat sekalipun, sebenarnya kerajaan juga yang akhirnya mendapat untung kerana rakyat akan merancakkan ekonomi apabila wang mereka boleh dibelanjakan semula.
Namun, kenyataan ini mungkin tidak menjadi 'kesan' Perdana Menteri kerana apa yang hanya bermain difikirannya mungkin formula bagaimana untuk mengkayakan anak menantunya sahaja. _
Selasa, 24 Jun 2008
Sabtu, 21 Jun 2008
BN "Musim Luruh"
Iklim Politik Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional memang cukup teruk.Barisan Nasional telah membawa bermacam bencana terhadap Malaysia.Yang kena tanggung adalah rakyat biasa macam kita ni.Kalau bab memberi alasan memang cantik.Salah satu ayat Pak Lah ketika minyak naik "Kita Harus Ubah Pemikiran Kita"
dan satu lagi ayat waktu dia datang ke Kelantan pada awal bulan jun "PKR kata boleh turunkan harga minyak,Buktikan Sekarang!!" tidak kebengong semua itu.Dia yang buat minyak. Suruh orang lain ubah pemikiran dan turunkan minyak.
Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan.
"Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelas Razaleigh Hamzah ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi.
Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu.
Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya.
"Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya.
Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja.
Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja.
dan satu lagi ayat waktu dia datang ke Kelantan pada awal bulan jun "PKR kata boleh turunkan harga minyak,Buktikan Sekarang!!" tidak kebengong semua itu.Dia yang buat minyak. Suruh orang lain ubah pemikiran dan turunkan minyak.
Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan.
"Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelas Razaleigh Hamzah ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi.
Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu.
Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya.
"Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya.
Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja.
Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja.
Rabu, 18 Jun 2008
Ke Tidak Percayaan Terhadap Pak lah

Sudah lama kita rakyat malaysia menantikan keputusan usul tidak percaya terhadap PAK bersaLAH.
Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.
"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.
Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.
SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.
Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.
Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.
Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan.
Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar.
Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.
"Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.
"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya.
Sabtu, 14 Jun 2008
Islam Hadari Tak Relevan


Apakah matlamat yang betul,yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Matlamat yang cuba dibawa tidak mencapai kejayaan yang diingini.Adakah perlu membuat konsert ketika Perkampungan Hadari?Ini sudah macam tidak betul dari sudut pemahaman islam.Perlembangaan islam cuba dibuat oleh manusia,padahal perlembagaan islam dicipta oleh ALLAH.Pihak berkenaan cuba mengelirukan pemahaman islam yang betul.Jika kita faham dengan ajaran islam yang diturunkan oleh ALLAH untuk kita,kita cuma perlu mengikuti ajaran islam bukan mengubah ajaran islam mengikut kehendak Politik dan Ekonomi sendiri.Fahami ajaran islam dengan betul!!!!
Source of photo ; Harakah daily net on line.
Dipetik dari Sinar Harian:
UMNO tidak patut wujudkan Islam Hadhari: Nik Aziz
KOTA BHARU – Islam Hadhari adalah karut! Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, kerajaan Kelantan tidak akan mengharamkan sebaliknya lebih gemar menggunakan fakta-fakta dan nas-nas al-Quran.
“Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya.
“Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.
Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan.
“Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah.
“Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.
Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran.
“Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik.
“UMNO sekiranya berfikiran panjang mereka tak perlu malu untuk meniru pendekatan yang diambil oleh Kelantan. Boleh tiru Islam macam Islam yang dibawa oleh Kelantan,” katanya lagi.
Nik Aziz berkata, Pas dari awal lagi menentang perlaksanaan sistem Islam Hadhari dengan menganggap ianya satu fahaman yang bertentangan dengan Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menolak konsep Islam Hadhari kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran.
Perdana Menteri memperkenalkan Islam Hadhari selepas menerajui pucuk pimpinan negara.
Islam Hadhari dilancarkan pada pilihan raya umum 2004 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh.
Sehubungan itu, beberapa program perkampungan hadhari diadakan dengan kerjasama sebuah stesen TV swasta ke seluruh negara dengan pengisian seperti pameran, ceramah, forum agama dan nyanyian.
Selasa, 10 Jun 2008
Kenyataan untuk menyejukkan hati rakyat...

Setiap kali harga minyak naik,alasan yang sama diberi oleh kerajaan untuk menyejukkan hati rakyatnyer.
Dipetik dari Berita Harian Rabu 11 jun 2008
Rizab minyak negara makin susut
Oleh Kamarulzaidi Kamis
Ekonomi bakal harungi tempoh kepayahan dalam jangka masa pendek memberi manfaat besar dalam jangka panjang
KENAIKAN harga runcit minyak terbaru yang diumumkan kerajaan ternyata menimbulkan banyak rungutan dan keluhan segenap lapisan masyarakat. Namun, itu adalah realiti pahit yang perlu diterima ekoran peningkatan harga minyak global.
Harga kontrak hadapan komoditi itu di pasaran New York semalam melonjak 47 sen ke paras AS$128.26 setong. Sejak Februari lagi, kadarnya kekal di atas paras AS$100.
Walaupun berlaku kenaikan mendadak 40.6 peratus atau 78 sen kepada RM2.70 seliter bagi RON97 dan diesel sebanyak RM1 atau 63.3 peratus kepada RM2.58 seliter, secara amnya ia ternyata masih rendah berbanding negara serantau lain kecuali Brunei.
Harga runcit RON97 di Singapura adalah RM5.17 seliter; Filipina (RM4.07); Thailand (RM4.04) dan Indonesia (RM3.46), manakala harga diesel di Singapura adalah RM4.33 seliter; Thailand (RM3.91); Indonesia (RM3.46) dan Filipina (RM3.42).
Namun, Malaysia sebagai negara pengeksport minyak juga sering dibandingkan dengan gergasi pengeluar minyak lain termasuk Arab Saudi, Iran, Nigeria, Venezuela dan sebagainya kerana harga runcit bahan apinya lebih murah berikutan pemberian subsidi.
Ini disebabkan ramai masih tidak menyedari bahawa jumlah rizab minyak negara semakin menyusut dan akhirnya akan menyebabkan Malaysia mula mengimport minyak menjelang 2014 seperti berlaku di Indonesia, berbanding negara Asia Barat dan Afrika yang memiliki simpanan pada amnya lebih 30 tahun, manakala jumlah pengeluaran hariannya jauh lebih tinggi daripada pengeluaran minyak negara.
Dari sudut subsidi pula, bagi ahli ekonomi ia dianggap baik jika mampu merangsang produktiviti dan pengeluaran seperti subsidi pertanian dan insentif pembangunan industri. Namun, subsidi minyak dilihat kurang efisien kerana ia hanya merangsang penggunaan, selain berlaku ketirisan kerana turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi, warga asing dan penyeludup.
Ahli ekonomi juga sering berkata “instrumen subsidi baik untuk politik, tetapi buruk bagi ekonomi”. Justeru, tidak hairanlah jika penarikan semula subsidi menjadi isu yang dimainkan oleh parti pembangkang untuk kepentingan politik masing-masing.
Kerajaan mungkin sudah mempertimbangkan dengan mendalam sebelum melaksanakannya kerana apa yang pasti, tindakan itu bukanlah mudah kerana berisiko tinggi dari segi politik, selain pemantauan dan pelaksanaan dasar ekonomi makro yang bersesuaian, perlu dibuat bagi meminimumkan kesan kenaikan harga runcit minyak.
Walaupun ia suatu langkah tidak popular, tindakan berani dan mengejutkan itu patut dilihat secara positif serta wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kecekapan ekonomi dan memaksimumkan peruntukan sumber yang dimiliki negara, sekali gus memakmurkan rakyatnya.
Dari sudut ekonomi juga, kesan kenaikan harga minyak setakat ini masih belum dapat dipastikan secara terperinci kerana ia bergantung kepada tindak balas ejen atau sektor ekonomi terhadap perkara ini. Namun, yang pasti adalah ekonomi bakal mengharungi tempoh kepayahan dalam jangka pendek, tetapi memberi manfaat besar dalam jangka panjang.
Lanjutan itu, ekonomi negara kini terpaksa berdepan risiko luaran dan dalaman, sekali gus menyebabkan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan dalam pertengahan kedua tahun ini. Namun, pertumbuhan ekonomi keseluruhan tahun ini iaitu antara 5.0 hingga 6.0 peratus seperti diunjur oleh kerajaan, dijangka mampu diperoleh.
Oleh itu, dasar ekonomi makro yang bersesuaian dijangka dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengimbangi permintaan dan penawaran pengguna serta menghalang risiko kenaikan mendadak kos perniagaan.
Impak langsung daripada kenaikan harga minyak adalah peningkatan kadar inflasi dalam jangka sederhana dan kembali perlahan pada pertengahan kedua 2009.
Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka kadar inflasi pada tahun ini adalah 4.2 peratus selepas mengambil kira langkah penstrukturan semula subsidi itu, inflasi mungkin naik melebihi kadar itu berikutan kesan tidak langsung yang mula meresap ke dalam ekonomi.
Ini berikutan perbelanjaan bahan api mewakili 7.4 peratus daripada bakul Indeks Harga Pengguna (IHP). Oleh itu, kenaikan satu peratus harga minyak akan menyebabkan IHP meningkat 0.07 peratus.
Sementara itu, isu lanjutan daripada kenaikan harga minyak adalah risiko tekanan kenaikan gaji yang akan membawa impak kedua kepada ekonomi dari sudut inflasi jika tidak dikawal dengan baik. Buat masa ini, masih belum ada tekanan sedemikian berlaku kerana pendapatan purata sektor swasta pada tahun ini dianggarkan tumbuh 5.9 peratus disokong oleh pertumbuhan produktiviti benar 4.1 peratus.
Tidak dapat dinafikan, bahan api dan makanan adalah elemen utama dalam belanjawan masyarakat di negara ini, manakala kenaikan harga minyak serta barangan makanan pasti mengurangkan pendapatan boleh guna isi rumah, sekali gus menjejaskan perbelanjaan pengguna.
Kesan besar dijangka akan dirasai golongan berpendapatan sederhana dan rendah, walaupun sebahagiannya ditampung oleh bantuan kewangan atau pembayaran tunai daripada kerajaan.
Kaji selidik menunjukkan isi rumah berpendapatan dalam lingkungan RM700 hingga RM5,000 sebulan menggunakan 13 peratus daripada pendapatan mereka untuk pengangkutan. Oleh itu, peningkatan 41 peratus harga minyak akan menyebabkan penurunan perbelanjaan dalam barang mahal seperti kereta, hartanah dan perhiasan serta produk berjenama, selain melancong dan makan di restoran berikutan kenaikan kos sara hidup.
Dari sudut syarikat pula, kenaikan harga minyak menyebabkan peningkatan kos perniagaan, justeru, menjejaskan marjin keuntungan dan menyebabkan mereka terpaksa menurunkan pengeluaran dan perbelanjaan pelaburan.
Pengeluar juga khuatir jika mereka menaikkan harga barang secara keterlaluan untuk meminimumkan kos itu, mereka bakal kehilangan pelanggan berikutan persaingan sengit yang berlaku ketika ini.
Dari segi monetari, kadar faedah negara iaitu 3.5 peratus berbanding berdasarkan jangkaan BNM bahawa inflasi pada tahun ini mungkin melonjak kepada 4.2 peratus, menjadi jurang kadar faedah benar -0.7 mata peratus, justeru, menimbulkan spekulasi bahawa BNM terpaksa menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengimbangi keadaan itu, sekali gus meningkatkan kos pinjaman perbankan.
Namun, masih terlalu awal untuk menjangka sebarang kenaikan berdasarkan ketidaktentuan jangkaan inflasi yang berlaku ketika ini kerana langkah menaikkan kadar faedah hanya berkesan jika berlaku peningkatan inflasi disebabkan kenaikan permintaan, manakala kurang berkesan dalam senario inflasi tolakan kos ekoran kenaikan harga komoditi seperti bahan api dan makanan.
Sementara itu, jangkaan penjimatan sehingga RM13.7 bilion daripada penurunan subsidi akan membantu memperbaiki kedudukan defisit fiskal negara dari semasa ke semasa dan seterusnya meningkatkan penarafan kedaulatan Malaysia.
Ia menjadi penanda aras kekukuhan kewangan negara berbanding negara pesaing lain dan sentiasa dipantau oleh pelabur global.
Defisit fiskal sudah menjadi satu isu yang berlarutan sejak Krisis Kewangan Asia 2007. Keadaan itu berlaku berikutan langkah suntikan modal untuk merangsang semula permintaan domestik dan luaran yang terjejas teruk ketika krisis kewangan lalu.
Justeru, kerajaan sebelum ini berusaha memulih semula kedudukan itu daripada 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2000 kepada 3.1 peratus pada tahun lalu menerusi pengurangan beberapa projek mega.
Selain itu, penjimatan subsidi juga boleh disalurkan dalam bentuk bantuan lain bagi membantu golongan yang berhak menerimanya seperti menstabilkan harga barang makanan, memperbaiki sistem pengangkutan awam, memantapkan sektor pendidikan, meningkatkan pengeluaran makanan dan sebagainya.
Sejarah Kenaikan Minyak Di Malaysia
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.7 (kenaikan RM 0.78) kenaikan harga tertinggi dalam sejarah!!!
Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan
dinaikkan lagi pada TAHUN INI !!
Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?
Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ?
Yang penting sekali, bukan setakat bayar sahaja,manakala nak bayar
sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?............
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .
kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 78 sen satu liter.
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.7 (kenaikan RM 0.78) kenaikan harga tertinggi dalam sejarah!!!
Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan
dinaikkan lagi pada TAHUN INI !!
Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?
Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ?
Yang penting sekali, bukan setakat bayar sahaja,manakala nak bayar
sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?............
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .
kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 78 sen satu liter.
Selepas Minyak Macam-Macam Naik
Minyak adalah bahan keperluan asas untuk kehidupan masa kini.Bila minyak naik macam-macam akan naik.Makanan,Pengangkutan,Perkhidmatan dan bermacam-macam lagi yang akan naik.kalau bergaji besar tak pe la.Yang bergaji kecil memang cukup terasa.Apa tak nya harga barang semuanyer naik,tapi gaji tak naik-naik.Sekarang kalau gaji bawah RM1,500 memang tak cukup.Sampaikan nak makan pun berkira.Hai...Dunia-dunia,apa agaknya akan terjadi jika 10 tahun akan datang.
Isnin, 9 Jun 2008
Minyak..Oh!! Minyak
Jun 3 (Bloomberg) -- Iranian President Mahmoud Ahmadinejad memberitahu minyak yang berada diperut bumi cukup untuk permintaan minyak didunia.Beberapa Presiden negara maju memanupulasi harga minyak untuk kepentingan kuasa ekonomi dan politiknya.
Selasa, 27 Mei 2008
Dunia Sekarang
Apa sudah jadi dengan dunia sekarang..macam-macam perkara berlaku.Sampai sakit kepala fikirkan..semakin dewasa,semakin banyak perkara yang perlu kita fikirkan..alangkah bagus jika kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu.tidak perlu fikirkan apa-apa.
Langgan:
Ulasan (Atom)
